Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor, hari ini.
Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Besar, di Johor Baharu, pada pukul 3.20 petang.
"Setelah diisytiharkan sebagai sultan, saya berhak dan bertanggungjawab mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris bergelar Tunku Mahkota Johor.
"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor," isytihar baginda.
Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenaan dilantik sebagai waris takhta Johor.
Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.
Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulangtahun keputeraan nenda baginda Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.
Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Baharu dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.
Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.
Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Dis 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.
Jumaat, 29 Januari 2010
tunku ismail idris ibni sultan ibrahim tunku mahkota johor
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Jumaat, Januari 29, 2010 0 ulasan
lawak lawak
Pesakit, Doktor dan Kacang Hijau
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : “Selamat petang…”
Pesakit : “Selamat petang Doktor!”
Doktor : ” Adamasaalah apa …?”
Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”
setelah diperiksa… .
Doktor : ” Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut….”
Pesakit : “Apa caranya doktor?”
Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”
Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”
Doktor : “Yang percuma kena sabar…”
Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”
Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge’ anda boleh ler tarik keluar.”
Pesakit : “Huh!”
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Jumaat, Januari 29, 2010 0 ulasan
Khamis, 28 Januari 2010
kedah catat pelaburan ke-5 tertinggi
Negeri Kedah telah berjaya mencapai pelaburan keseluruhan bagi tempoh Januari hingga September 2009 sebanyak RM839 juta.
Manakala pelaburan tempatan pula berjumlah RM279.4 juta serta pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM559.8 juta.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, sehingga tempoh tersebut juga Kedah berada pada tangga kelima bagi jumlah pelaburan terbanyak dalam negara ini.
"Walaupun jumlah pelaburan bagi tiga bulan terakhir belum dikemaskini oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, namun begitu statistik ini sudah dapat membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa ekonomi Kedah tidak memberangsangkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ada sekarang adalah tidak benar sama sekali.
"Malahan pada bulan Disember 2009, terdapat penambahan pelaburan sebanyak RM1 bilion bagi pembesaran kilang panel solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih daripada seribu orang.
"Kerajaan negeri juga sedang merangka program ekonomi yang berasaskan pertanian sebagai persediaan untuk menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian utama," katanya lagi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit berkata bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menambahkan pelaburan dalam bidang pembuatan, industri minyak dan juga automotif.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Khamis, Januari 28, 2010 0 ulasan
trofi piala dunia yg malaysia idam sgtkan 2 da ada kt malaysia...
rofi Piala Dunia FIFA dikawal rapi pasukan keselamatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini hari ini dari Jakarta, Indonesia.
Pengarah Urusan Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Antonio Del Rosario (tiga dari kanan) dan Wakil Media FIFA, Liu Lingling (tiga dari kiri) serta bergambar bersama Trofi Piala Dunia FIFA dekat sini hari ini.
Pengarah Urusan Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Antonio Del Rosario membuka kain penutup pada Trofi Piala Dunia FIFA untuk dipamerkan kepada media dekat sini hari ini.
Empat wanita berpakaian tradisional dari pelbagai kaum di Malaysia menunjukkan Trofi Piala Dunia FIFA dekat sini.
Trofi berukuran 36.6 cm tinggi, seberat 6.175 kg dan diperbuat daripada emas padu 18 karat yang kini berada di Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada penjelajahan selama sembilan bulan ke 83 negara merentasi lima benua.
Trofi itu akan dipaparkan kepada umum pada Jumaat ini dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.
Africa Selatan akan menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Khamis, Januari 28, 2010 0 ulasan
Rabu, 27 Januari 2010
Info-Sultan Ibrahim Ismail Ibni ALmarhum Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik .Kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan, baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor.
Pendidikan
Baginda belajar di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1 , Johor. Kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 - 1970. Seterusnya kembali belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).
Di samping itu belajar asas-asas agama Islam di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru. Seterusnya dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Di Pangkalan tentera Amerika syarikat, Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Seterusnya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.
Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Tuanku menyertai kejohanan polo antarabangsa di Singapura, Manila dan Brunei. Sukan lain ialah tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.
Sultan Ibrahim Ismail berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah kerabat diraja Perak pada 1982 .Mereka mendapat 5 putera dan 1 puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Rabu, Januari 27, 2010 0 ulasan
Jaslene Gonzalez pemenang ANTM8 memperagakan busana muslim
Siapa kata fesyen berteraskan Islam tidak boleh pergi jauh. Fesyen menarik tidak semestinya yang terdedah sahaja.
Fesyen terdedah tu bahagian menariknya bukanlah pada rekaan pakaian, sebaliknya pada bahagian tubuh model yang menggayakannya sambil mendedahkan tubuh.
Sebab itulah Islamic Fashion Festival sering mendapat perhatian kerana sentuhan baru yang diberikan ke atas fesyen yang menutup badan.
Lihatlah gaya Jaslene (dari American Next Top Model) ketika menggayakan salah satu fesyen sempena IFF yang akan di adakan di Kuala Lumpur pada 23 hingga 25 November lalu. Jaslene salah seorang model yang memeriahkan kali ini
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Rabu, Januari 27, 2010 0 ulasan
Sultan Kedah memangku jawatanYang Dipertuan Agong
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah, hari ini diisytihar sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.
Watikah perisytiharan itu dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu istiadat di Istana Darul Aman, Jalan Kedah, Bukit Persekutuan di sini.
Baginda kemudiannya menandatangani watikah perisytiharan bagi menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong selama sebulan.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menjalani rawatan fisioterapi selama 21 hari di Medical Park, St.Hubertus, Bad Wiessee, Jerman.
Sultan Abdul Halim yang ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada 20 Februari 1959 adalah Yang di-Pertuan Agong kelima dari 20 September 1970 sehingga 20 September 1975.
Istiadat hari ini turut dihadiri puteri baginda, Tunku Panglima Besar Datuk Seri Puteri Intan Safinaz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa anggota Jemaah Menteri.
Terdahulu, Sultan Abdul Halim dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA di Sepang pada 11 pagi bagi menghadiri istiadat itu.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Rabu, Januari 27, 2010 0 ulasan
Selasa, 26 Januari 2010
burj khalifa disambar petir...waa
Imej menunjukkan satu sinaran kilat yang besar memanah puncak menara paling tinggi di dunia.
Gambar ini diambil oleh pelajar Mahmoud Hamdan ketika sedang memerhatikan ribut petir yang sangat besar melanda Dubai, di Emiriah Arab Bersatu.
Burj Khalifa, setinggi 828m. Pelajar berumur 23 tahun ini mula mengambil gambar bangunan yang tertinggi dunia ketika petir yang besar memanah puncak bangunan.
Satu pancaran kilat antara dua untuk tiga batu jauhnya itu mempunyai tenaga melebihi daripada 100,000,000 volt.
Mahmoud berasal daripada Palestin, yang sedang menuntut kejuruteraan seni bina, berkata ia sangat bertuah kerana beliau baru sahaja membeli kamera ini.
Katanya: "Saya keluar untuk melihat ribut kerana ia sangat jarang terjadi di Dubai.
"Saya sedang mengambil gambar-gambar langit di atas bandar raya yang mengagumkan, kemudian dengan tiba-tiba terjadi kilat yang sangat besar."
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Selasa, Januari 26, 2010 0 ulasan
burj khalifa..the tallest building in the world..4 this time la...
Burj Khalifa,dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka).[2] Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.[1][7] Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini.[8] Bill Baker, Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.[8][9]
Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas,[10] kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina.[11] Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod bertanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.
Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion.[12] Mohamed Ali Alabbar, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Properties, ketika berucap di Kongres Dunia ke-8 Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, mengumumkan bahawa harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi (atau lebih AS$43,000 semeter persegi), lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi).
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Selasa, Januari 26, 2010 0 ulasan
info hari ini:dubai..erm bila la boleh p..hmm..
Dubai (dalam bahasa Arab: دبيّ, Dubayy, sebutan /dʊ'baɪ/ dalam Bahasa Inggeris) merujukkan pada sama ada:
* salah satu dari tujuh amiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu di bahagian selatan Semenanjung Arab, atau
* bandar utama amiriah ini, kadang-kadang dipanggil "Bandaraya Dubai" untuk membezakannya dari amiriah tersebut.
Dubai mempunyai penduduk teramai dan merupakan bandar kedua terbesar setelah Abu Dhabi. Dubai dibezakan dari ahli-ahli lain di UAE dengan jualan dari minyak mangandungi hanya 6% keluaran dalam negara kasar. Kebanyakan jualan amiriah adalah dari Zon Bebas Jebel Ali (ZBJA)[5] dan, kenaikannya, dari pelancongan.
Dengan pembinaan dan pembangunan dalam berbagai industri, Dubai telah menarik perhatian sedunia melalui projek pembaharuan hartanah, pesta sukan, persidangan dan rekod Guinness. Walau bagaimanapun, ini menarik perhatian, bersesuaian dengan kemunculannya sebagai sebuah hab bisnes dunia, dan juga menonjolkan isu-isu hak kemanusiaan mengenai tenaga kerja pendatang besarnya.
Dubai kini dipimpin oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Makhtoum yang juga Wakil Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu. Meskipun bentuk pemerintahan Dubai adalah dalam bentuk kerajaan berpelembagaan, namun kerajaan berpelembagaan itu terpaksa tunduk pada undang-undang yang berlaku di sana.
Luas Dubai sekitar 4.114km2 dengan penduduknya hanya sekitar 2.262.000 orang dengan majoriti penduduk adalah pendatang dari sekitar 100 negara dari setiap penjuru dunia. Kerana Dubai dihuni oleh banyak bangsa, maka kebudayaannya pun telah beraneka ragam dan dipelbagaikan. Pada awal 1900-an kebudayaan Dubai telah dipengaruhi dengan kebudayaan Iran. Lalu, mulai 1960-an, adat kebudayaannya telah digantikan dengan kebudayaan India dan Pakistan. Kini kebudayaan asing lain turut ikut mewarnai kehidupan rakyat dan masyarakat Dubai.
Kerana pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain, maka Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat mendongkrak pendapatan kota ini dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor bisnes, ekonomi, perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan. Kebanyakan dari bangunan-bangunan yang dibina di Dubai amat menekankan bentuk dan kesenian yang berunsur keIslaman dan kontemporari.
Dubai telah banyak sekali membangunkan hotel dan gedung mewah dengan fasiliti kelas pertama untuk menarik minat para pelancong bagi melancong ke kota bertaraf Dunia ini. Apabila diintip beberapa hotel supermewah, seperti Hotel Atlantis dan Burj Al Arab, gedung canggih seperti Dubai Dynamic Tower, serta Pulau Palma yang luar biasa, pasti pelancong akan terpegun dan terkaku sebentar akan kemewahan dan perbezaan bentuk kota yang diperagakan.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Selasa, Januari 26, 2010 0 ulasan
sekoq lagi makhluk kuang ajor yg hina almarhum sultan iskandar...
Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam "Youtube" yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, kira-kira pukul 11.30 malam semalam.
Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk
"Sultan Johor Remix" ketika berada di rumahnya di Keramat di Kelang kira-kira jam 1.30 petang Sabtu lalu.
"(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali."
"Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 Nov 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Selasa, Januari 26, 2010 0 ulasan
kes ustaz MAZA..mahkamah tolak bantahan awal
Cubaan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin untuk membatalkan pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah yang dihadapinya gagal apabila bantahan awalnya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.
Hakim Syarie Mohammad Adib Husain yang membuat keputusan itu berkata, Mahkamah Syariah Selangor mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes tersebut kerana ia kesalahan membabitkan rukun-rukun agama Islam.
Katanya, pertuduhan terhadap Mohd. Asri mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 juga tidak bercanggah dengan hukum syarak mahupun Perkara 10 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap dan kebebasan beragama.
Sebaliknya, jelas beliau, seksyen itu digubal bagi mengelakkan wujudnya perkara negatif sehingga merenggangkan hubungan sesama Islam dan bukannya menyekat kebebasan menyebarkan ajaran Islam.
Mohammad Adib turut berpendapat bahawa pertuduhan yang dihadapi Mohd. Asri itu berkaitan dengan akhlak dan wajar diselesaikan di Mahkamah Syariah kerana melibatkan pengajar dan pendengar beragama Islam.
"Allah SWT mengajar peradaban yang tinggi kepada orang Islam dan antaranya masuk ke rumah orang perlu meminta izin dan ia adalah cara dan peraturan yang sopan.
"Peraturan yang dikenakan jabatan agama Islam kepada orang Islam untuk mendapatkan tauliah sebelum boleh mengajar agama adalah untuk kebaikan masyarakat Islam sendiri.
"Seksyen 119(1) itu digubal bagi mengawal ajaran yang bertentangan dengan syariah daripada tersebar di kalangan masyarakat sehingga boleh berlaku perpecahan,'' katanya.
Sehubungan itu, Mohammad Adib memerintahkan Mohd. Asri memfailkan afidavit balasan terhadap permohonan pihak pendakwa agar keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menolak kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah disemak semula pada 8 Februari ini.
Beliau turut menetapkan 20 Februari ini untuk pihak pendakwaan menjawab afidavit balasan itu dan 9 Mac untuk perbicaraan permohonan semakan tersebut.
Mohd Asri, 38, dituduh mengajar agama Islam tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di rumah No. 2, Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang Daerah Gombak, antara 8.10 sehingga 9.45 malam, 1 November tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Selasa, Januari 26, 2010 0 ulasan
fahrin ahmad sudah hilang sabar..ambik ko saman!
Mohon maaf secara terbuka atau jumpa di mahkamah. Itu kata putus yang diberikan oleh aktor popular, Fahrin Ahmad yang sudah tidak mampu lagi membendung kemarahannya terhadap penyampai radio popular, Linda Onn.
Kemuncak kemarahan terhadap bekas kekasihnya itu dizahirkan oleh Fahrin yang turut menitiskan air mata pada sidang akhbar hari ini bagi meminta Linda memohon maaf secara terbuka dan menarik balik pernyataan fitnah yang dibuatnya.
Fahrin, 31, menerusi peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor daripada firma guaman Tetuan Naufal & Co. juga memberi tempoh selama seminggu kepada Linda, 33, untuk berbuat demikian.
Notis tuntutan tersebut telah dikeluarkan oleh Fahrin melalui peguamnya pada 22 Januari lalu.
Menurut Tengku Naufal, selain dua tuntutan berkenaan yang perlu disiarkan di akhbar, Linda turut diminta mengeluarkan surat akujanji secara bertulis untuk tidak lagi mengulangi perbuatannya yang memburukkan imej Fahrin.
Tuntutan itu juga menyebut Fahrin menuntut ganti rugi dan kos atas kenyataan berbau fitnah oleh Linda yang disiarkan dua buah akhbar, masing-masing akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris bertarikh 19 serta 20 Januari lalu.
Linda yang kini bertugas sebagai penyampai radio Suria FM didakwa mengeluarkan kenyataan dalam dua akhbar berkenaan bahawa bekas kekasihnya seorang yang panas baran serta ‘cepat naik tangan’ selain pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta.
Sementara itu, Linda ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, dia menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.
“Selebihnya tiada apa yang mahu saya ulas mengenai tindakan Fahrin terhadap saya,” katanya.
Menurut Linda, dia bersyukur kerana segala tuntutan Fahrin terhadapnya tidak memberi sebarang tekanan kepadanya.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Selasa, Januari 26, 2010 0 ulasan
Isnin, 25 Januari 2010
MB Perak yg sah bakal diketahui Feb 9
Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah.
Ketika dihubungi, peguam Nizar mengesahkan keputusan tersebut akan diumumkan pada tarikh tersebut.
Sebelum ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Pada Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, tidak membantah berhubung permohonan itu.
Pertikaian bagi jawatan menteri besar Perak bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada BN pada Februari.
Mohammad Nizar, 52, kemudian memfailkan semakan kehakiman menuntut writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk tunjuk sebab berhubung atas asas apa atau hak beliau (Zambry) adalah Menteri Besar yang sah.
Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Mei.
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Mohammad Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.
Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Isnin, Januari 25, 2010 0 ulasan
DYMM Sultan Kedah memangku jawatan yang dipertuan agong
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan melantik empat anggota Jemaah Pemangku Baginda bagi menjalankan tugas-tugas Sultan Kedah berkuatkuasa esok sehingga 25 Feb.
Anggota-anggota Jemaah Pemangku itu ialah adinda baginda, Tunku Bendahara Datuk Seri Tunku Anuar dilantik sebagai Yang Dipertua Jemaah Pemangku Sultan, tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan ialah Tunku Temenggong Kedah Datuk Seri Tunku Sallehuddin, Tunku Laksamana Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani dan puteri baginda, Tunku Panglima Besar, Datuk Seri Puteri Intaz Safinaz.
Keempat-empat anggota jemaah tersebut melafaz sumpah yang disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Hussin dan Ketua Hakim Syarie Datuk Wira Sheikh Yahya Jusoh.
Istiadat pelantikan yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit pagi tadi dilakukan kerana baginda akan menjalankan tugas sebagai pemangku Yang di-Pertuan Agong selama sebulan.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menjalani rawatan fisioterapi selama 21 hari di Medical Park, St.Hubertus, Bad Wiessee, Jerman.
Dalam titah baginda, Sultan Abdul Halim menyeru rakyat Kedah memberikan sokongan dan taat setia kepada keempat-empat Anggota Jemaah Pemangku yang dilantik sepanjang tempoh itu manakala Anggota Jemaah berkenaan pula diminta supaya menjalankan tugas dengan dedikasi dan adil untuk kepentingan rakyat.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Isnin, Januari 25, 2010 0 ulasan
info makkah
Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion muslim tak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.
Makkah terletak di ketinggian 277 meter (910 kaki.) daripada paras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang, yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjid al-Haram (tempat paling suci). Sekitar kawasan masjid mengandungi bandar lama. Jalan-jalan utama adalah Al-Mudda'ah dan Sūq al Layl ke utara masjid, dan As-Sūg as Saghīr ke selatan. Rumah-rumah berdekatan dengan kawasan masjid telah dimusnahkan dan digantikan dengan tempat-tempat terbuka dan jalan-jalan yang diperluaskan. Kompleks kediaman adalah lebih padat dalam kawasan bandar lama daripada di kawasan perumahan. Rumah-rumah tradisional dibina menggunakan batu-batu tempatan dan setinggi dua hingga tiga tingkat. kota ini mempunyai beberapa kawasan sesak di mana jemaah-jemaah miskin yang tidak dapat membiayai bayaran perjalanan pulang selepas menunaikan fardhu haji, tinggal
Orang bukan Islam adalah dilarang daripada memasuki Makkah. Sekatan jalanraya diadakan pada setiap pintu masuk Kota Makkah. Hal ini bagi memelihara kesucian Kota Makkah.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Isnin, Januari 25, 2010 0 ulasan
Makkah bakal menjadi kota termoden dan tercantik di dunia
Makkah akan dijadikan sebagai ikon kota yang paling indah, paling bersih dan paling beradab di dunia. Untuk itu, pemerintah kota Mekah mengadakan pertandingan "Mempercantik Kota Mekah" di kota Jeddah.
Pertandingan yang baru pertama kali diadakan itu, menurut Datuk bandar Mekah, Osama Al-Bar, persiapannya memakan waktu dua tahun. Pihak penilai dari pejabat datuk bandar Mekah akan menghebahkan pertandingan ini di media-media antarabangsa dan berharap para karyawan dari negara-negara Arab dan Muslim ikut mengambil dalam pertandingan tersebut.
Al-Bar mengatakan, tujuan utama dari pertandingan ini adalah memperindahkan kota Makkah dengan menghias sudut-sudut kota dengan karya seni islami serta menampilkan warisan karya seni kota Mekkah.
Gabenor wilayah Makkah, putera Khaled Al-Faisal menambahkan, kerajaan Arab Saudi berkeinginan untuk menjadikan Mekah sebagai kota yang paling cantik dan moden di seluruh dunia. "Strategi pembangunan kota Mekah sudah menjadi keutamaan rancangan
"Jika tidak ada kota Mekah, Saudi tidak akan mendapat tempat yang penting di dunia baik dari sisi budaya mahupun politik," sambungnya.
putera Al-Faisal menambahkan Saudi bertanggung jawab untuk membangun kota Mekkah, di mana di dalamnya terdapat rumah Allah 'Ka'bah' serta untuk menjadi keamanan dan kedamaian kota Mekkah bagi para jemaah haji yang datang setiap tahunnya dari berbagai penjuru dunia.
Sementara itu,ahli jawatankuasa persiapan pertandingan "Mempercantik Kota Mekah" yang juga karyawan Arab, Taha Sabban mengatakan, Saudi menyediakan hadiah bernilai 300.000 dollar bagi para pemenang dan hasil karya pemenang akan dipamerkan di 12 lokasi di Jeddah
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Isnin, Januari 25, 2010 0 ulasan
Isu kalimah ALLAH...dari perspektifku...
ALLAH dalam perspektif islam bermaksud tuhan yg satu,tidak beranak dan tidak diperanakkan dan ini jelas terbukti bila turunnya surah al-ikhlas
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Sesungguhnya Allah kekal.
3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
dan apa lagi yg perlu dipertikaikan oleh masyarakat kristian kerana sudah jelas dan terang bahawa ALLAH itu satu dan eksklusif untuk umat islam dan pada masyarakat islam yg menentangnya habis habisan bagi saya tak salah tapi adakah penentangan kita itu betul2 ikhklas?adakah amal ibadat kita sempurna?jangan sekadar menentang tapi amal ibadat kita kepadanya bagaikan melepaskan batuk di tangga..tak ada gunanya juga
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Isnin, Januari 25, 2010 0 ulasan
Ahad, 24 Januari 2010
gambar2 kenangan Almarhum Al Mutawakkil Allalah Sultan Iskandar
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Ahad, Januari 24, 2010 0 ulasan
seantero dunia-adakah gempa di haiti angkara AS?
Presiden Venezuela Hugo Chavez kembali melontarkan tudingan serius pada AS. Dia menyifatkan gempa bumi yang menimpa Haiti bukan gempa bumi biasa tetapi disebabkan oleh persenjataan milik AS. Menurut Chavez, gempa yang menggoncang Haiti tanggal 12 Januari kelmarin adalah dampak dari ujian "senjata tektonik" yang dilakukan AS.
Akhbar Sepanyol mengutip pernyataan Chavez yang mengatakan bahawa AS sedang "bermain-main menjadi Tuhan" dengan membuat senjata yang mampu menimbulkan dampak seperti yang ditimbulkan bencana alam seperti gempa bumi. Ujian senjata "gempa bumi" itu, lanjut Chavez, dilakukan di lepas pantai Haiti sehingga menimbulkan gempa yang mengorbankan 100.000 lebih penduduk Haiti.
Spekulasi bahawa gempa berkekuatan 7 skala Richter yang menimpa Haiti bukan gempa biasa, juga disiarkan oleh banyak media massa di Venezuela yang menduga gempa itu kemungkinan ada hubungannya dengan projek HAARP yang sedang digarap AS.
HAARP atau High Frequency Active Auroral Research Program adalah sebuah sistem yang boleh menimbulkan perubahan iklim yang drastik dan ganas. Pusat penelitian HAARP berada di Alaska yang diarahkan pada rekonfigurasi lapisan yang menyelubungi bumi, ionosfer untuk meningkatkan komunikasi satelit.
Kecurigaan bahwa AS sedang mengembangkan senjata "perosak lingkungan" bukan tanpa alasan kerana mantan Menteri Pertahanan AS William Cohen pada tahun 1997 pernah mengungkapkan kekhawatirannya terhadap negara-negara yang mengembangkan senjata "teroris" yang bisa mengubah kondisi iklim, menimbulkan gempa bumi, gunung meletus dan sejenisnya dengan menggunakan gelombang eleltromagnetik. (ln/prtv)
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Ahad, Januari 24, 2010 0 ulasan
Sultan Ibrahim dimahsyhurkan sebagai sultan johor yang baru
DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Almutawakkil Allalah Sultan Iskandar di mahsyhurkan sebagai sultan johor ke 5 oleh menteri besar johor,Dato Abdul Ghani Othman mengikut Fasal 8 Bagi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895
Sebelum itu TunkuIbrahim mengangkat sumpah di dalam Bilik Singgahsana di Istana Besar Johor Bahru pada pukul 10.15 pagi pada 7 Safar 1431 bersamaan dengan 23 Januari 2010 di hadapan jumaah pangkuan negeri menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dalam jajahan Johor dan segala daerah takluknya.Pemahsyhuran itu berlaku di tangga istana besar sebelum jenazah Almarhum Sultan Iskandar dibawa ke makam diraja bukit mahmoodiah untuk disemadikan
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Ahad, Januari 24, 2010 0 ulasan
tahun baru,wajah baru,idea baru,segalanya baru...
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yg amat di hormati sekalian...apa yg akan saya nukilkan di blog saya ni adalah mengenai semua yg berlaku sekeliling kita,sama ada berkaitan agama,politik,alam sekitar,seantero dunia,falsafah,agama,hiburan dan segalanya boleh di dapati di blog saya ni,cuma saya berharap sokongan dari teman2 supaya memberi idea dan buah fikiran bagi menjayakan blog saya ini...sekian
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Ahad, Januari 24, 2010 0 ulasan