Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor, hari ini.
Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Besar, di Johor Baharu, pada pukul 3.20 petang.
"Setelah diisytiharkan sebagai sultan, saya berhak dan bertanggungjawab mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris bergelar Tunku Mahkota Johor.
"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor," isytihar baginda.
Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenaan dilantik sebagai waris takhta Johor.
Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.
Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulangtahun keputeraan nenda baginda Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.
Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Baharu dan Sekolah Rendah Kebangsaan St Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.
Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.
Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Dis 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.
Jumaat, 29 Januari 2010
tunku ismail idris ibni sultan ibrahim tunku mahkota johor
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Jumaat, Januari 29, 2010 0 ulasan
lawak lawak
Pesakit, Doktor dan Kacang Hijau
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : “Selamat petang…”
Pesakit : “Selamat petang Doktor!”
Doktor : ” Adamasaalah apa …?”
Pesakit : “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor : “Biar saya periksa telinga anda!”
setelah diperiksa… .
Doktor : ” Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut….”
Pesakit : “Apa caranya doktor?”
Doktor : “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”
Pesakit : “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”
Doktor : “Yang percuma kena sabar…”
Pesakit : “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”
Doktor : “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge’ anda boleh ler tarik keluar.”
Pesakit : “Huh!”
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Jumaat, Januari 29, 2010 0 ulasan
Khamis, 28 Januari 2010
kedah catat pelaburan ke-5 tertinggi
Negeri Kedah telah berjaya mencapai pelaburan keseluruhan bagi tempoh Januari hingga September 2009 sebanyak RM839 juta.
Manakala pelaburan tempatan pula berjumlah RM279.4 juta serta pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM559.8 juta.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, sehingga tempoh tersebut juga Kedah berada pada tangga kelima bagi jumlah pelaburan terbanyak dalam negara ini.
"Walaupun jumlah pelaburan bagi tiga bulan terakhir belum dikemaskini oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, namun begitu statistik ini sudah dapat membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa ekonomi Kedah tidak memberangsangkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ada sekarang adalah tidak benar sama sekali.
"Malahan pada bulan Disember 2009, terdapat penambahan pelaburan sebanyak RM1 bilion bagi pembesaran kilang panel solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih daripada seribu orang.
"Kerajaan negeri juga sedang merangka program ekonomi yang berasaskan pertanian sebagai persediaan untuk menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian utama," katanya lagi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit berkata bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menambahkan pelaburan dalam bidang pembuatan, industri minyak dan juga automotif.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Khamis, Januari 28, 2010 0 ulasan
trofi piala dunia yg malaysia idam sgtkan 2 da ada kt malaysia...
rofi Piala Dunia FIFA dikawal rapi pasukan keselamatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini hari ini dari Jakarta, Indonesia.
Pengarah Urusan Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Antonio Del Rosario (tiga dari kanan) dan Wakil Media FIFA, Liu Lingling (tiga dari kiri) serta bergambar bersama Trofi Piala Dunia FIFA dekat sini hari ini.
Pengarah Urusan Coca-Cola Malaysia, Singapura dan Brunei, Antonio Del Rosario membuka kain penutup pada Trofi Piala Dunia FIFA untuk dipamerkan kepada media dekat sini hari ini.
Empat wanita berpakaian tradisional dari pelbagai kaum di Malaysia menunjukkan Trofi Piala Dunia FIFA dekat sini.
Trofi berukuran 36.6 cm tinggi, seberat 6.175 kg dan diperbuat daripada emas padu 18 karat yang kini berada di Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada penjelajahan selama sembilan bulan ke 83 negara merentasi lima benua.
Trofi itu akan dipaparkan kepada umum pada Jumaat ini dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.
Africa Selatan akan menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Khamis, Januari 28, 2010 0 ulasan
Rabu, 27 Januari 2010
Info-Sultan Ibrahim Ismail Ibni ALmarhum Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baginda merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik .Kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan, baginda dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor.
Pendidikan
Baginda belajar di Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1 , Johor. Kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 - 1970. Seterusnya kembali belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).
Di samping itu belajar asas-asas agama Islam di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru. Seterusnya dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan. Di Pangkalan tentera Amerika syarikat, Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat baginda mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Seterusnya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.
Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Tuanku menyertai kejohanan polo antarabangsa di Singapura, Manila dan Brunei. Sukan lain ialah tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.
Sultan Ibrahim Ismail berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah kerabat diraja Perak pada 1982 .Mereka mendapat 5 putera dan 1 puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Rabu, Januari 27, 2010 0 ulasan
Jaslene Gonzalez pemenang ANTM8 memperagakan busana muslim
Siapa kata fesyen berteraskan Islam tidak boleh pergi jauh. Fesyen menarik tidak semestinya yang terdedah sahaja.
Fesyen terdedah tu bahagian menariknya bukanlah pada rekaan pakaian, sebaliknya pada bahagian tubuh model yang menggayakannya sambil mendedahkan tubuh.
Sebab itulah Islamic Fashion Festival sering mendapat perhatian kerana sentuhan baru yang diberikan ke atas fesyen yang menutup badan.
Lihatlah gaya Jaslene (dari American Next Top Model) ketika menggayakan salah satu fesyen sempena IFF yang akan di adakan di Kuala Lumpur pada 23 hingga 25 November lalu. Jaslene salah seorang model yang memeriahkan kali ini
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Rabu, Januari 27, 2010 0 ulasan
Sultan Kedah memangku jawatanYang Dipertuan Agong
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah, hari ini diisytihar sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.
Watikah perisytiharan itu dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu istiadat di Istana Darul Aman, Jalan Kedah, Bukit Persekutuan di sini.
Baginda kemudiannya menandatangani watikah perisytiharan bagi menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong selama sebulan.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual menjalani rawatan fisioterapi selama 21 hari di Medical Park, St.Hubertus, Bad Wiessee, Jerman.
Sultan Abdul Halim yang ditabalkan sebagai Sultan Kedah pada 20 Februari 1959 adalah Yang di-Pertuan Agong kelima dari 20 September 1970 sehingga 20 September 1975.
Istiadat hari ini turut dihadiri puteri baginda, Tunku Panglima Besar Datuk Seri Puteri Intan Safinaz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa anggota Jemaah Menteri.
Terdahulu, Sultan Abdul Halim dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA di Sepang pada 11 pagi bagi menghadiri istiadat itu.
Dicatat oleh dAnIeL iSkAnDaR di Rabu, Januari 27, 2010 0 ulasan